Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts

Friday, 1 August 2014

Fungsi Bahasa Melayu Klasik

MINGGU 4
Tutorial 2

14.07.2014


Bahasa Melayu Klasik memaainkan peranan/fungsi yang sangat besar pada zaman keagungannya dulu. Dalam hal ini, bahasa melayu klasik telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan (lingua franca), bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan.


1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca

  • sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali
  • memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut
  • merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran
  • menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan
  • digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu
  • bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.
3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu
  • semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik
  • di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam
  • tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dsb
  • karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin, Miratul Mukmin, Al-Siratul Mustaqim dan dsb
4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang
  • undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja
  • dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, pertanian dan dsb
      Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:
       (i)    undang-undang Melaka
       (ii)   undang-undang Pahang
       (iii)  undang-undang Perak
       (iv)  undang-undang Johor

5. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan
  • peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu
  • karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah
  • karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan dan merehatkan fikiran mereka

Saturday, 5 July 2014

Bahasa Melayu Kuno

MINGGU 2
04.07.2014

Bahasa Melayu kuno ialah bahsa Melayu yang berkembang pada akhir abad ke-7 hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evoulusinya yang pertama.

Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ke-7 dan abad-9.

Antara batu bersurat tersebut ialah :

1. Batu bersurat Kedudukan Bukit ( bertarikh 683M, ditemukan di Palembang )
2. Batu bersurat Talang Tuwo ( bertarikh 684M di Palembang )
3. Batu bersurat Kota Kapur ( bertarikh 686M di Pulau Bangka )
4. Batu bersurat Karang Brahi ( bertarikh 692M di Hulu Jambi )
5. Batu bersurat Gandasuli ( Nagiri )


Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana :

( a) adanya pengaruh agama Hindu- Buddha 
( b) bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi; dan
( c) kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep- konsep baharu

Ciri utama bahasa Melayu Kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara :

1. Bentuk Tulisan 

a. Huruf Palava ( dari selatan India ) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera
b. Huruf Nagiri ( dari utara India ) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah

2. Fonem

a. Penggunaan huruf w sebagai b

  • wulan ( bulan )
  • wuat ( buat )
  • wuluh ( buluh )

b. Tidak ada bunyi e pepet ataupun vokal tengah dalam bahasa Melayu Kuno. Bunyi ini akan digantikan
    dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja.

  • wanua   -    benua
  • talaga    -    telaga
  • dngan    -    dengan
c. Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam bahasa Melayu 
    moden :

  • niparwuat   -   diperbuat