Monday 21 July 2014

Bahasa Melayu Klasik

MINGGU 3
Tutorial 1
07. 07. 2014         


Sebelum memasuki zaman Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Melayu Praklasik. Pada zaman ini aksara yang digunakan ialah skrip kawi. Zaman Melayu klasik bermula pada abad ke-11 hingga abad ke-17.


CONTOH SKRIP KAWI


Pengaruh Islam dan Arab terhadap Bahasa Melayu amat ketara pada masa tersebut
  • Budaya
  • Tulisan
Bahasa yang digunakan pada masa tersebut masih menggunakan Bahasa Melayu Kuno dengan pengaruh bahasa Sanskrit
  • disebabkan oleh zaman perantaraan antara zaman Melayu Kuno dan zaman Melayu Klasik
Dari zaman transisi inilah Bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi.


BAHAN BUKTI/PENEMUAN
  1. Batu Bersurat Sungai Teresat    (1303M)
  2. Batu Bersurat Pagar Ruyung     (1356M)
  3. Batu Bersurat Minye Tujuh       ( 1380M)



Saturday 5 July 2014

Bahasa Melayu Kuno

MINGGU 2
04.07.2014

Bahasa Melayu kuno ialah bahsa Melayu yang berkembang pada akhir abad ke-7 hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evoulusinya yang pertama.

Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ke-7 dan abad-9.

Antara batu bersurat tersebut ialah :

1. Batu bersurat Kedudukan Bukit ( bertarikh 683M, ditemukan di Palembang )
2. Batu bersurat Talang Tuwo ( bertarikh 684M di Palembang )
3. Batu bersurat Kota Kapur ( bertarikh 686M di Pulau Bangka )
4. Batu bersurat Karang Brahi ( bertarikh 692M di Hulu Jambi )
5. Batu bersurat Gandasuli ( Nagiri )


Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana :

( a) adanya pengaruh agama Hindu- Buddha 
( b) bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi; dan
( c) kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep- konsep baharu

Ciri utama bahasa Melayu Kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara :

1. Bentuk Tulisan 

a. Huruf Palava ( dari selatan India ) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera
b. Huruf Nagiri ( dari utara India ) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah

2. Fonem

a. Penggunaan huruf w sebagai b

  • wulan ( bulan )
  • wuat ( buat )
  • wuluh ( buluh )

b. Tidak ada bunyi e pepet ataupun vokal tengah dalam bahasa Melayu Kuno. Bunyi ini akan digantikan
    dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja.

  • wanua   -    benua
  • talaga    -    telaga
  • dngan    -    dengan
c. Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam bahasa Melayu 
    moden :

  • niparwuat   -   diperbuat



Thursday 3 July 2014

SALASILAH BAHASA MELAYU


MINGGU 2
03.07.2014

Bahasa Melayu berasal daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah

kelompok bhasa induk yang paling tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5000 tahun.

Filum Austris ini menurunkan rumpun bahasa Austronesia, Austroasia dan Tibet-China. Bahsa Melayu adalah daripada keturunan bahasa Austronesia. Bahasa dalam kelompok rumpun dianggarkan dalam usia 2500 hingga 5000 tahun. Austronesia bermaksud "bahasa di kepulauan selatan" dan pernah dikenali sebagai Melayu-Polinesia.

Rumpun Austronesia menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan Melanesia. Bahasa Melayu turunan daripada bahasa Nusantara. Bahsa ini mempunyai keluarga bahasa terbesar, terdiri daripada 200 hingga 300 bahasa. Kawasannya juga luas meliputi Farmosa di uatara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan, dan Madagascar di barat. Keluarga Nusantara kemudiannya menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.

Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya bahasa Melayu, selain bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga peringkat, ialitu bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno berkembang pada penghujung abad ke-7 hingga abad ke-13, manakala bahasa Melayu Klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke Nusantara, hingga abda ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada zaman penguasaan Barat di Asia Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.
 

Konsep Bahasa Melayu

MINGGU 2
03.07.2014


  Definisi Awal Istilah "Melayu"


1. M Ptolemy menggunakan istilah "maleu-kolon" dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis

2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa

3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke
    negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

4. Satu lagi catatan orang China iaitu catatan rahib Buddha yang bernama I-Tsing yang menggunakan 
    perkataan Mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi iaitu kerajaan
    Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Srivijaya di Palembang

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di nusantara 
    mendapati bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di tempat tersebut ialah bahasa K'un -lun

6. Sebuah patung di Padang Rocore, batanghari bertarikh 1286M dengan catatan perkataan "Malaya"
    atau "Melayu" di belakangnya.
    

  Definisi "Melayu" dari segi etimologi

Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut

1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan "hima alaya". "Alaya" bermaksud tempat 
    manakala "hima alaya" yang merujuk kepada tempat bersalji
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud "kota melayu" atau "kerajaan Melayu"
3. Berasal daripada sebatang sungai yang dikenali sebagai "Sungai Melayu" yang disebut dalam buku
    Sejarah Melayu
4. Van der Tuuk, perkataan Melayu beerti "menyeberang" , merujuk kepada orang Melayu yang 
    menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.