Thursday 3 July 2014

SALASILAH BAHASA MELAYU


MINGGU 2
03.07.2014

Bahasa Melayu berasal daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah

kelompok bhasa induk yang paling tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5000 tahun.

Filum Austris ini menurunkan rumpun bahasa Austronesia, Austroasia dan Tibet-China. Bahsa Melayu adalah daripada keturunan bahasa Austronesia. Bahasa dalam kelompok rumpun dianggarkan dalam usia 2500 hingga 5000 tahun. Austronesia bermaksud "bahasa di kepulauan selatan" dan pernah dikenali sebagai Melayu-Polinesia.

Rumpun Austronesia menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan Melanesia. Bahasa Melayu turunan daripada bahasa Nusantara. Bahsa ini mempunyai keluarga bahasa terbesar, terdiri daripada 200 hingga 300 bahasa. Kawasannya juga luas meliputi Farmosa di uatara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan, dan Madagascar di barat. Keluarga Nusantara kemudiannya menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.

Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya bahasa Melayu, selain bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga peringkat, ialitu bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno berkembang pada penghujung abad ke-7 hingga abad ke-13, manakala bahasa Melayu Klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke Nusantara, hingga abda ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada zaman penguasaan Barat di Asia Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.
 

No comments:

Post a Comment