Saturday 5 July 2014

Bahasa Melayu Kuno

MINGGU 2
04.07.2014

Bahasa Melayu kuno ialah bahsa Melayu yang berkembang pada akhir abad ke-7 hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evoulusinya yang pertama.

Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ke-7 dan abad-9.

Antara batu bersurat tersebut ialah :

1. Batu bersurat Kedudukan Bukit ( bertarikh 683M, ditemukan di Palembang )
2. Batu bersurat Talang Tuwo ( bertarikh 684M di Palembang )
3. Batu bersurat Kota Kapur ( bertarikh 686M di Pulau Bangka )
4. Batu bersurat Karang Brahi ( bertarikh 692M di Hulu Jambi )
5. Batu bersurat Gandasuli ( Nagiri )


Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana :

( a) adanya pengaruh agama Hindu- Buddha 
( b) bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi; dan
( c) kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep- konsep baharu

Ciri utama bahasa Melayu Kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara :

1. Bentuk Tulisan 

a. Huruf Palava ( dari selatan India ) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera
b. Huruf Nagiri ( dari utara India ) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah

2. Fonem

a. Penggunaan huruf w sebagai b

  • wulan ( bulan )
  • wuat ( buat )
  • wuluh ( buluh )

b. Tidak ada bunyi e pepet ataupun vokal tengah dalam bahasa Melayu Kuno. Bunyi ini akan digantikan
    dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja.

  • wanua   -    benua
  • talaga    -    telaga
  • dngan    -    dengan
c. Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam bahasa Melayu 
    moden :

  • niparwuat   -   diperbuat



No comments:

Post a Comment